: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, December 15, 2014

Monday, December 1, 2014

:: 1st December Yang Stress ::

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk bulan decembèr. Cik firus tengok sume orang duk update welcome december. Happy bebenor dorang yer. Me?? I'm totally not happy because pagi2 tren dah buat hal. Tren delay lagi.

Sampai je atas kat tempat menunggu tu orang ramai giler..nak jalan pun susah. Cik firus & adik memang dah decided tak nak ke gombak takot lambat macam hari tu tapi kitorang naik jugak tren yang sampai bila dengar polis bantuan cakap ke kelana jaya. Tapi hampeh jugak tren gerak ke gombak. Redha jela jawabnya. Takpe la at least takde la nak berhimpit-himpit bila masuk tren lambat. Memang sakit hati sangat sebab jarak masa untuk buat annoucement lama. Dah buat announcement tu suara pulak tergagap-gagap plus tak clear.

Kesimpulannya cik firus sampai ofis hari ni pukul 9.30. Lewat sejam dari biasa. Ofismate cik firus sorang sampai pukul 10 lebih & lagi sorang pukul 11 lebih. TERBAIKKKKKKKKKKK!!!! SYABAS RAPID KL UNTUK HARI NI!!!!

Sunday, November 30, 2014

:: Testing ::

Assalamualaikum..

Selamat petang ahad. Saja je cik firus try update blog guna tab. Nampaknya dah boleh update blog guna tab. b4 this penah jugak try update blog guna tab tapi tak dapat. Maklum la lappy kesayangan dah nazak so tak boleh update blog guna lappy lagi dah. Kena anta masuk icu dulu lappy tu..tu pun kalo boleh diselamatkan. Ok lah selamat berhujung minggu sume.


Friday, September 12, 2014

:: Tayangan Perdana LAGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH ::

Assalamualaikum..

Salam Jumaat sume.. Uollss ada BCard?? Tau BCard tu apa?? Tak tau pegi google sendiri yer. Cik firus one of a BCard holder so apa2 update pasal BCard memang masuk dalam email. Satu hari tu dapat email pasal satu contest ni and hadiah dia 2 tiket wayang free tayangan perdana LAGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH. Cik firus pun klik link yang diberi tu. Rupa-rupanya contest buat slogan. Cik firus sangat tak teruja tengok contest tu sebab cik firus memang tak suka buat slogan and lagi satu sebab cik firus tak penah tengok citer LBS ni. Cik firus pun tak tau camne cik firus boleh tak layan citer melayu ni nak2 pulak adaptasi dari novel. Kalo citer lain tu cik firus la nombor 1 layan. Maybe sebab cik firus belum baca novel dia.

Nak dijadikan cerita lepas 2 3 hari cik firus bukak link tu, terdetik kat hati untuk masuk contest ni. Cik firus memang takde idea langsung nak buat slogan ayat yang bunga2 then terus cik firus buat ayat yang straight forward, isi form then submit.

ni la cik firus punya slogan yang straight forward tu

Cik firus masuk contest ni just untuk suka2. Kalo dapat tiket free tu kira rezeki la. Hari isnin 8/9/2014 pihak BCard ada call tapi cik firus tak jawab sebab ingat orang jual insurans ke apa. Hari selasa 9/9/2014 pihak Bcard call lagi still tak jawab sebab time tu bz. Petang sikit pihak BCard call lagi and time tu baru cik firus jawab. Then pihak BCard gitau cik firus menang contest tu and dapat 2 tiket free. Time tu rasa teruja sangat2 rasa cam nak lompat je..hehe. Tak sangka cik firus terpilih sebab cik firus memang susah nak menang kalo masuk apa2 contest.

Hari rabu 10/9/2014 lagi sekali pihak BCard call tanya cik firus nak bawak sape2 lagi tak. Cik firus cakap bawak sorang jela sebab tiket ada 2 je kan. Pihak BCard gitau boleh bawak kawan lagi kalo nak bawak sebab ada tiket lebih. Cik firus cakap la tambah 6 tiket lagi so total tiket 8. Pihak BCard pun ok. Offer kat budak ofis tapi dorang tak boleh join pulak. Last2 ajak housemate cik firus dengan kawan dia and ofismate adik cik firus. Lepas keje terus pegi GSC Berjaya Times Square. Ok lets enjoy a few pictures.








Habis la sudah tengok LAGENDA BUDAK SETAN 3 : KASYAH secara percuma. Happy sebab dapat tengok free and tayangan perdana lagi. Untung la sebab orang lain boleh tengok start 11/9/2014 tapi kitorang boleh tengok sehari awal dari orang lain. Sape yang belum tengok boleh pegi tengok untuk tau camne ending hidup "budak setan" yang hensem giler tu :)

Thursday, August 7, 2014

:: 12 July 2014 = 14 Ramadhan 1435H ::

Assalamulaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri sume. Arini da masuk 11 syawal bermakna da 11 ari ramadhan pergi meninggalkan kite sume. Hopefully tahun depan kite dapat bertemu ramadhan lagi. InsyaAllah.. Tahun ni birthday cik firus jatuh pada bulan ramadhan lagi iaitu 12 july 2014 bersamaan 14 ramadhan 1435H.

Cik firus macam biase bodek adik cik firus a.k.a dak mok mintak hadiah birthday. Dengan baik hatinya dak mok cakap nak belanja makan kat THE CHICKEN RICE SHOP. Wuhuuuuu sayang la dak mok :)
Even dak mok yang belanja tapi dak mok suruh cik firus sendiri yang manage untuk booking tempat segala bagai sebab dak mok tak reti. Dak mok juz bagi duit.

11 july aritu ofismate cik firus ajak berbuka sama-sama. Kitorang pegi klcc je sebab dekat dengan ofis & lagi satu sebab one of ofismate cik firus; kak ila teringin nak makan pepper lunch express. Cik firus on je sebab da lama tak makan.


Ibu n boyfriend si qila pun join jugak. Tak sangka aritu boleh jumpa ibu (ibu qila) sebab da lama tak jumpa. Macam biasa la kalo ibu join mesti ibu ada belikan something untuk kitorang. Aritu pulak ibu belikan san francisco coffee yang blended punya. Da lama cik firus nak try n rezeki aritu dapat jugak rasa san francisco ni. Cik firus pilih coklat. Sah sah la coklat sebab tu kan feveret flavor. Rasa dia memang terbaikkkkkk.



Qila pulak bagi birthday cake in advance. Qila bagi kek coklat n kek red velvet. Even qila cakap tak tau apa feveret kek cik firus tapi qila memang terbaik sebab sume kek dia bagi tu feveret kek cik firus. Memang senyum sampai telinga la cik firus.

Dan bila esok...yeayyy 12 july my birthday. Destinasi pertama cik firus n dak mok adalah masjid jamek. Plan nak cari tudung, brooch n barang raya yang belum cukup tapi sampai je sana orang ramai sangat2. Nak jalan susah. Dengan bau nya yang macam2. Sekejap je kitorang kat sana sebab tak tahan sangat. Nak pitam cik firus kat sana. Sempat beli brooch je kat sana. Time kat sana jumpa Heliza n Mr. Bie. Dorang wat sumbangan tuk gaza. Tak sempat snap pic Heliza.


Lepas tu terus kitorang pegi klcc. Pegi tempat teduh n ada aircond. Kat klcc pun orang ramai jugak tapi takde la sampai tak dapat jalan macam kat masjid jamek tu. Sampai klcc kitorang jalan2 kat dalam galeri petronas. Tak tau la orang lain perasan tak kewujudan galeri ni. Kalo perasan pun rasanya mesti tak masuk kan. Kalo pegi klcc dengan dak mok kitorang mesti masuk galeri ni. Nak kata kitorang ni berseni tu tak la berseni mana pun tapi kitorang memang suka tengok apa yang dipamer kat dalam tu. Kadang2 kita boleh tengok benda yang unik yang belum kita tengok. Lagi pun kat galeri tu pameran dia ikut musim. Bukan all the time pamer benda yang sama. Sape yang belum masuk boleh la masuk sebab FREE je masuk.



Da puas round dalam galeri tu masuk pulak charles & keith dan misi mencari kasut raya bermula. Rasanya ada dalam 2 3 jam duk dalam tu. Kat sini pun orang ramai jugak padahal takde sale pun. Last2 dapat jugak kasut raya. Kiranya kasut raya + hadiah birthday sekali gus.

Dak mok da bising2 sebab beli kasut je da 2 3 jam. Tak larat nak dengar dak mok bebel terus kitorang gerak ke H&M avenue k. Kali ni tolong shopping baju raya kazen cik firus pulak. Aunty cik firus bank in duit untuk kitorang shoppingkan untuk anak dia sebab aunty cik firus tak sempat bawak anak dia datang kl. Kazen cik firus ni pulak memang nak baju raya dari kl. Cik firus beli kat H&M jela sebab kazen cik firus da lama nak baju ada gambar kucing or rimau. Time first time kazen cik firus tengok baju camtu kat H&M bukit bintang terus dia berkenan tapi tak beli lagi time tu. Budak2 sekarang umur baru 9 tahun tapi baju branded. Nasib baik dia sorang je kalo ramai mau botak kepala ummi dia..hehe



Kat sini pun beratur panjang pulak kat cashier. Kitorang memang boring gila da so apa lagi memang selfie jela keje kitorang. Tengok dak mok tu sampai selfie muka bengang + boring. Btw time pilih baju tu selisih pulak dengan anne ngasri. Memang dia cantik..putih melepak. Tak pakai mekap pun tapi dia still cantik.


              


Da abes shopping kat avenue k kitorang balik tapi bukan balik rumah terus. Kitorang pegi berbuka kat The Chicken Rice Shop dalam jusco kat rumah kitorang. Time berlakunya cerita sedih. Kitorang sampai jusco pukul 6.45. Teman dak mok cari barang jap. Pukul 7 cik firus pegi TCRS then tunjuk resit booking aritu sementara dak mok pegi beli something untuk cik firus. Staff TCRS da tunjuk muka blur. Apahal pulak ko tunjuk muka blur?? Cik firus cakap dalam hati jela. Lepas tu staff tu cakap dengan muka blur + takut + serba salah "maaf la kak resit booking ni kita da buang semua lepas reserved meja tadi..tak perasan akak punya resit so kita tak reserve meja untuk akak".. cik firus da bengang da tapi sabar lagi. Cik firus tanya "da tu camne ni?".. Mula tu ingat nak mintak refund je tapi time tu da pukul 7 sume tempat da full. Nak balik rumah memang tak la sebab da penat. Lepas tu staff tu cakap "kita ada satu meja lebih tapi meja tu belakang la". Nak tak nak cik firus terima jela daripada takde langsung. Time staff tu setting meja tuk cik firus dengar staff tu kena marah dengan staff yang lain n manager or supervisor dorang kot sebab baju dia lain. Nasib baik dorang hidang makanan cepat. Dak mok datang je bagi satu plastik kat cik firus. Bukak je nampak kek secret recepi slice n toblerone with teddy kecik. Im shocked tengok ada kek skali sebab dak mok cakap tak nak beli kek. Dak mok cakap kesian pulak time birthday takde kek so dia beli jugak yang slice. Time berbuka everything goes very well. Aritu sangat happy + enjoy + penat + kenyang. TQ sume yang wish birthday cik firus :) 

Monday, June 30, 2014

:: Salam Ramadan 1435 H ::

Assalamualaikum..

Selamat petang sume. Cik firus juz nak ucapkan selamat menyambut bulan mulia pada sume umat Islam. Semoga kita dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna. Ameen..


Wednesday, June 11, 2014

:: Contact Lens ::

Assalamualaikum..

Morning uolls..pagi2 ni b4 start office hour kita update blog dulu yer. Wahh semangat gitu cik firus pagi2 da update blog.


Ok kali ni cik firus nak citer pasal contact lens. Sekarang ni cik firus tengok ramai sangat2 yang pakai contact lens. Da jadi trend da. Kalo dulu orang yang rabun (macam cik firus ni) je pakai contact lens kalo tak nak pakai spek. Tapi sekarang rabun ke tak rabun sume pakai contact lens.

Tak salah nak pakai contact lens tapi kena hati-hati la. Sekarang kan banyak jual contact lens. Kat mana2 je bersepah jual contact lens. Kat kedai biasa pun ada jual contact lens. Online pun banyak jugak jual. Kalo dulu kat kedai optik je ada jual contact lens.

Cik firus memang tak berani nak beli kat kedai biasa or online. Cik firus beli contact lens kat kedai optik je. Tambah2 pulak dengan macam2 brand yang tak well known. Bukan apa kalo kita tersalah beli nanti effect kat mata kita. Mata tu penting tau tak?? Korang tak sayang mata ke??

Sume orang tau kan contact lens ni ada expired dia. Bukan beli sekali lepas tu boleh pakai sampai bila-bila. Bila da expired kena buang n pakai yang baru. Kalo still pakai yang da expired nanti ada effect jangkitan kuman pulak sebab mata kita sangat sensitive. Dari start cik firus pakai contact lens sampai sekarang setiap kali cik firus pegi kedai optik yang berbeza cik firus akan tanya bape lama contact lens tu boleh pakai. Dulu tempoh dia ada yang sebulan, 3 bulan n 6 bulan tapi sekarang mostly kedai optik jual yang sebulan je. Bukan sebab dorang nak untung nak suh kita beli tiap2 bulan tapi sebab untuk kebaikan mata kita.

Seelok-eloknya pakai contact lens yang sebulan je untuk elakkan effect yang teruk pada mata kita. Kalo pakai yang lebih sebulan sebenarnya tak bagus untuk mata. Sebab tu ada jugak contact lens yang daily tapi jenuh membeli la kalo pakai yang daily tu.

Cik firus pelik dengan orang yang pakai contact lens lebih tempoh ni. Katanya contact lens yang dipakai boleh tahan lama. Tak sayang mata agaknya dorang ni. Da la pakai yang tahan lama lepas tu kebersihan tangan n jari tak jaga betol2. Tak takot jangkitan kuman ke?? Sepanjang cik firus beli contact lens memang tak disyorkan tuk pakai yang lama punya. Lagi pun kedai optik memang tak jual tuk tempoh yang lama sebab tak elok tuk consumer. Ada la satu brand B ni yang jual kat kedai optik yang tahan tuk 3 bulan tapi tak digalakkan la. Memang cik firus tak penah beli brand B tu sebab cik firus sayang mata. Brand cik firus biasa pakai BAUSCH & LOMB, FRESHLOOK n FRESHKON.

So pada sape2 yang nak pakai contact lens tu sila la beli kat kedai optik n brand yang bagus. Jangan beli brand yang ntah apa2 janji cantik tanpa pikir kebaikan n effect buruk pada mata. Pikirkan pasal mata yer sebab mata tu sangat penting. Kalo mata tu da tak boleh pakai baru la nak menyesal tak sudah.

Tuesday, June 10, 2014

:: Maleficent & Others ::

Assalamualaikum..

Gud morning uolls..pagi ni cik firus ada mood nak update blog. Bukan apa semangat nak citer pasal pegi tengok maleficent sabtu lepas..hehehe


Aritu cik firus ada beli tiket wayang kat groupon sebab murah. RM32 tuk 2 tiket plus 2 air & 1 popcorn large. Memandangkan cik firus da lama tak pegi tengok wayang so cik firus pun beli la kat groupon tu. Tiket da beli 2 minggu lepas tapi pegi tengok wayang sabtu lepas sebab balik kampung dulu plus tunggu citer maleficent kuar. Memang da niat beli tiket wayang tu tuk tengok maleficent. Nak2 pulak maleficent tu lakonan angelina jolie memang nak tengok la. Cik firus memang suka lakonan angelina jolie.

So sabtu lepas cik firus n adik pun pegi la klcc tengok wayang kat tgv sana. Cik firus bajet sampai sana 10 pagi tapi terlambat pulak. Cik firus sampai sana 10.30 pagi n im shocked sebab sampai je sana tengok orang da ramai beratur nak beli tiket. Cik firus terus ke kaunter booking tanya pasal tiket. Ingat boleh redeem tiket kat kaunter tu tapi rupanya kena ke kaunter biasa n terpaksa la beratur. Beratur pun beratur la janji dapat tengok maleficent. Even orang ramai beratur tapi takde la tunggu lama sangat. Akhirnya dapat jugak redeem tiket.


Ok memandangkan wayang start 12.10 tengahari cik firus ada masa lebih kurang sejam setengah b4 wayang start. Cik firus n adik pegi bekpes dulu sebab tak sempat bekpes. Adik cik firus da lama nak makan burger kfc yang baru tu so cik firus pun ajak la pegi kfc even cik firus tak tau nak makan apa. Adik cik firus beli burger zinger remixed n cheesy wedges. Cik firus pulak beli lil' zinger je.


Gambar cheesy wedges takde sebab da masuk dalam perut baru ingat nak ambik gambar. Ni la burger kitorang. Kenapa ada 3 burger?? Order 2 je tapi dapat 3. Al-kisahnya order zinger burger tapi dapat blackpepper mushroom burger. Adik cik firus da pelik kenapa burger dia camtu. Cik firus tanya betol ke burger kitorang dapat ni tapi staff yang anta burger tu pun blur..tak sure betol ke tak. Then dia gitau orang kat dalam. Tak lama lepas tu kuar la supervisor or manager dorang. Dia tanya elok2 apa prob so cik firus tanya balik betol ke burger yang dapat ni. Cik firus siap tunjuk resit lagi. Lepas tu dia cakap burger yang dapat ni salah. Dia cakap nanti dia akan anta burger yang betol. Burger yang salah ni dia bagi je. Alhamdulillah dapat burger free.


Terkejut cik firus tengok popcorn dia. Tak sangka pulak dia punya "large" besar camni. Air pulak dapat pilih ice lemon tea. Suka la cik firus sebab tak yah pilih air gas. Cik firus memang kureng sikit kalo air gas ni. Popcorn n air ni start masuk cinema sampai la kuar cinema tak abes pun kitorang makan n minum. Popcorn tu sampai kitorang bawak balik rumah.



Masuk cinema 12.10 tengahari tapi 12.30 baru citer start. Sabar jela tengok iklan dulu 20 minit. Tapi memang tak sia-sia la tunggu. Best sangat2 citer maleficent ni. Rugi sape yang tak pegi tengok. Memang tak terpikir langsung jalan citer dia camtu. Kuar je cinema lepas abes citer terkejut lagi skali sebab orang kat luar ramai sangat2. Nak jalan pun susah. Sesak giler.




Lepas tu cik firus n adik naik bas free Go KL pegi ke Times Square. Pegi sana semata-mata nak pegi satu kedai kpop ni nak beli bantal leher yang letak kat kerusi kereta tu. Aunty cik firus nak yang hello kitty punya. Aunty cik firus cakap kat terengganu mahal. Nasib baik ada tapi da tak banyak pilihan da.


Alang2 da sampai sana window shopping la kejap plus adik cik firus nak beli dia punya sepit rambut. Lepas satu2 kedai masuk tapi takde yang menepati citarasa dia. Masuk satu kedai tu menjerit adik cik firus sebab dia jumpa cekak rambut yang dia cari2 selama ni. Harga pulak murah je.


Ni la cekak rambut spike yang dia duk sibuk cari tu. Sebijik cam yang dia nak. Ekceli dia tengok hong ki ft island yang pakai cekak rambut spike ni terus dia pun nak jugak. Da pegi cari kat kedai korea kat Avenue K tapi takde yang sebijik camni.


Lepas tu jalan2 lagi jumpa pulak contact lens ni. Cik firus memang nak beli contact lens color. Kali ni nak try color grey. So dapat jugak color grey yang cik firus nak. Saje nak try color grey sebab terpengaruh tengok mata emma maembong color grey. Cantik je mata dia.

Lepas tu terus kitorang balik sebab kaki memang penat giler2. Rasa da tak larat nak jalan tapi terpaksa jalan gak tuk balik. Sampai rumah memang terus tumbang. Tapi memang berbaloi la kuar sabtu lepas sebab apa yang kitorang nak sume dapat n sangat2 puas ati.

Friday, June 6, 2014

:: Dimata Mu ::


Dimata mu
Adakah kami begini
Tega nya kamu melakukan sedemikian
Kamu memberi
Tetapi seperti tidak memberi
Bukan tak bersyukur
Tetapi kamu membuat seperti kami mengemis
Seakan-akan menghina kami dalam diam
Sedang kamu bermewah-mewahan
Kami di sini hanya mengikat perut
Ingatlah roda itu bulat
Bukan selamanya kamu di atas
Sampai masa tibanya waktu kamu di bawah jua

Wednesday, June 4, 2014

:: The Engagement 31st MAY 2014 ::

Assalamualaikum..

Dah lama sangat cik firus tak update blog ni..dah merajuk agaknya blog ni dengan cik firus. Nak buat camne cik firus takde masa nak spend tuk blogging sekarang. Kalo nak blogging cik firus memang kena ambik masa yang lama plus kena betol2 ada mood.

Rabu minggu lepas cik firus balik kampung dengan adik cik firus sebab abgcik cik firus nak bertunang. Last cik firus balik kampung time CNY ari tu. Cik firus rasa happy sangat2 bila dapat news ni dari tunang abgcik (masa tu status dia girlfriend lagi). Kenapa tunang abgcik gitau bukan abgcik sendiri?? Sebabnya kitorang memang berkawan rapat. Boleh dikatakan tiap2 ari kitorang duk wassap.

Bila ada event2 camni cik firus mula la kuarkan idea2 cik firus yang mencurah-curah ni. Cik firus memang over excited bila ada event camni..tak tau la kenapa tapi jiwa cik firus memang ngam dengan benda ni. Lepas cik firus bagi idea tunang abgcik n abgcik mintak tolong cik firus apa yang patut. Cik firus dengan besar hati volunteer tuk uruskan majlis tunang dorang. Cik firus juz handle tuk gubahan hantaran dorang.

1st time nak buat gubahan hantaran ni..excited nebes sume ada. Bermula la misi cik firus mencari barang gubahan dibantu oleh adik cik firus. Dengan segala cabaran dan dugaan akhirnya siap jugak cik firus buat gubahan. Tu pun adik n roomate cik firus tolong jugak..thanks a lot to them. Dan ari yang di tunggu2 sume orang tiba jugak. Lets enjoy the pixxa :)

Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki








Tuk hantaran kat atas ni bukan cik firus yang gubah. Cik firus juz buat bunga kertas n balut gabus. Plan asal memang cik firus nak gubah tapi 2 3 minggu b4 majlis aunty cik firus gitau ada orang nak tolong gubah. Mula2 cik firus memang down la sebab cik firus dah semangat nak buat tetiba ada orang lain yang nak take over tapi bila mama n aunty explain cik firus jadi ok balik plus tuan punya badan pun ok. Dan hasilnya sangat2 berpuas hati. Tambah2 berpuas hati bila dia guna fresh flower n FYI gubahan tu FOC. Orang yang buat gubahan ni anak pada kenalan aunty cik firus sebab tu . Gubah menggubah ni memang dunia dia. FYI dia ni adalah seorang LELAKI. Dasyat kan??

Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan





Hantaran yang ni baru cik firus gubah. Abgcik pun tolong cik firus gubah jugak. Kitorang sama2 share idea tuk buat gubahan ni. Tapi tuk sirih tu satu je orang yang cik firus citer kat atas tadi yang tolong gubah. Cik firus gubah simple2 je sebab takde experience lagi dalam bidang gubahan ni. Tapi cik firus puas hati sebab hasil tangan cik firus sendiri even tak gempak macam orang lain buat. Sorry gambar kek takde sebab lupa nak snap..hehehe

Majlis akan bermula.. jeng jeng jeng



































Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan abgcik n kakcik. Congrats abgcik n kakcik. Tak sabar nak tunggu next majlis korang. Im happy for both of u :)