: : Kengkawan Maya Cik Firus : :

Monday, September 7, 2015

:: Lorong Seratus Tahun ::

Assalamualaikum..

Semalam cik firus ajak budak gemok pegi sunway putra mall. Saja la jalan2 sebab mall tu baru bukak balik lepas renovate. Dulu The Mall then tukar nama lepas sunway ambik alih. Dulu mall ni dah "basi", orang pun tak ramai. Sekarang kemain ramai lagi orang. Mana tak ramainya mall dah berwajah baru. Kedai2 kat dalam pun banyak yang best2.

Cik firus sampai sana semalam dalam pukul 11 lebih. Sampai je terus cari directory sebab belum tau kedudukan kedai2 kat dalam mall tu. First thing cari tempat makan sebab kitorang belum bekpes. Kedai makan yang mahal banyak tapi food court takde. Tak tau la kot2 coming soon.

Pusing punya pusing sampai la ke level 4. Bajet makan RM10 je sebab kena jimat nak buat benda lain duit tu. Tak boleh la nak makan mewah kali ni. Takde pun makanan RM10 yang mengenyangkan. Pegi kedai ayam penyet tapi pukul 12.30 baru bukak. Hampeh betul la. Last2 kitorang pegi kedai Lorong Seratus Tahun.


Deco kedai memang vintage. Sesuai dengan nama kedai. Yang open tu cashier. Order n bayar terus kat situ lepas tu dia akan bagi nombor untuk letak atas meja. Senang nanti dorang nak hantar makanan. Yang ada kaca tu pulak tempat dorang goreng char kue teow.



Cik firus order asam laksa. Budak gemok order mee kari. Air kitorang order mineral water je sebotol sebab air lain agak melampau harga dia. Tu bagi cik firus la. Menu lain ada char kue teow, rojak, nasi lemak n penang cuisine yang lain. Best thing here is dorang bagi ais letak dalam gelas plastik macam kat pasar malam tu even beli mineral water je. Takde cas tambahan hokeh. Rasa makanan dia ok la not bad.


Cik firus suka nombor meja ni. Nampak comel je tak macam nombor meja kat kedai lain.


Tengok kat dinding harga char kue teow RM4 RM5 je tapi kat cashier RM12.90. Walaupun konfius tapi berat mulut nak tanya. Tengah makan budak gemok bagitau tu harga dalam gambar tu bukan real harga. Fuhh selamat tak tanya tadi kalo tak malu je dapat.







Ni total kitorang bayar. Kenyang la jugak makan kat sini. Servis pun ok. Makanan cepat sampai. Bos dorang selalu pantau customer dorang dah dapat makanan ke belum. Kedai pun bersih n cantik. Sape2 nak pegi boleh refer details kat resit tu yer.

Saturday, September 5, 2015

:: First Time Naik Kapal Terbang - Malindo Air ::

Assalamualaikum..

Malam ni mood cik firus nak berblog dah pulang ke pangkuan cik firus setelah lama mood pegi bercuti ke paris. Nak story sikit la pasal pestaim cik firus naik kapal terbang ni. Kapal terbang yang menjadi pilihan hati adalah Malindo Air. Pilihan hati la sangat padahal time tu memang malindo je paling murah. Kalo dulu memang tak mampu nak naik kapal terbang tapi sekarang alhamdullilah boleh merasa.

Cik firus naik malindo ni time bulan 2 aritu tapi baru sekarang nak story dalam blog.. hehehe. Before beli tiket & naik kapal terbang cik firus dah gugel siap2 cara beli tiket, barang apa boleh bawak tak boleh bawak, berapa luggage, masa kena ada kat airport & sewaktu dengannya. Cik firus memang akan "study" dulu sesuatu benda tu kalo benda tu pestaim nak buat sebab takut nanti kelam kabut.

Disebabkan naik kat subang airport cik firus mintak tolong kawan hantar ke sana sebab nak ke sana takde tren. Teksi memang tak la sebab tiket awal pagi pukul 7.00 pagi. Untuk pengetahuan semua kalo ke terengganu naik malindo memang kat subang airport ye. Jangan berangan nak naik kat klia or klia2. Cik firus gerak ke airport dari rumah kawan dalam pukul 4 pagi. Pestaim naik kapal terbang memang kena sampai awal sebab tu gerak awal plus kawan cik firus pestaim jugak ke subang airport. Kot2 la sesat ke apa sebab tu gerak awal. Sampai airport dalam pukul 5 lebih camtu. Thanks a lot Ana dah susahkan diri awak hantar saya & adik saya ke airport.


Dah sampai airport cik firus & budak gemok (adik) melilau la kat dalam tu tengok kawasan. Kedai banyak tapi belum bukak. Dah awal pagi lagi sape nak bukak kedai cik firus oii???


Haa kan dah cakap awal pagi. Boarding pun 6.45 pagi. Gelap lagi kat luar time tu. Kapal terbang pun samar2 je nampak. Melepak la kitorang kat dalam tu sambil tunggu masa dijemput masuk ke dalam kapal terbang.


Tak ingat dah apa jadi kat dalam tu before naik kapal terbang tapi ada la adegan2 yang mencuit hati sebab pestaim naik kapal terbang. Cik firus rasa orang lain yang pestaim naik kapal terbang pun mesti ada jugak adegan yang mencuit hati. Mula2 ingat nak bergantung harap kat budak gemok sebab dia penah naik sekali time sekolah dulu pegi lawatan ke sarawak tapi hampeh bila dia pun bergantung kat cik firus. Katanya time sekolah dulu semua cikgu yang uruskan. Sebagai kakak yang bertanggungjawab cik firus iya kan aje. Gambar kat atas tu tengah jalan kaki ke kapal terbang sambil ditiup angin sepoi2 bahasa. Niat dihati nak selfie tapi telefon cik firus pulak takde camera depan. So ambik jela gambar budak gemok ni.


Sesampainya dalam kapal terbang. I'm soooooo excited because this is first time i'm on board. Dalam excited tu pun ada jugak rasa takut, cuak bagai sebab pestaim kan. Masa tu cik firus teringat balik kat mimpi cik firus. Sebelum ni kerap jugak cik firus mimpi naik kapal terbang sebab terlalu pikir bila boleh naik kapal terbang. Tu pasal termimpi2. But now its real. No more dream. Alhamdullilah.

Cik firus memang beli seat sebab pestaim naik kapal terbang kan so nak la best view sikit. Cik firus pilih seat tepi tingkap & dekat dengan sayap. The best thing about malindo is free 15kg check in luggage even pesawat tambang murah.

Masa nak take off tu cik firus berdebar sikit tapi lepas tu ok lepas baca doa segala. Memang kepala cik firus ngadap tingkap je sebab tengok view kat luar. Masa kapal terbang tengah naik tu cik firus tengok kat luar macam tak bergerak je. Rasa duk kat tempat sama je. Lepas tu dapat rasa mencanak naik then landai je.
Cik firus feeling dapat la roti ke kek buah slice ke sandwich ke tapi sekali dapat biskut je. Yela cik firus tengok dalam blog2 orang lain ada yang dapat sandwich, roti, kek semua tu. Sedih betul time tu sebab cik firus tengah lapar gila. Dah bangun awal memang lapar la time tu. Takpe la syukur apa yang ada. At least boleh jugak alas perut & merasa bekpes dalam kapal terbang. Lagi sekali sedih bila pandang depan takde screen. Dah feeling nak tengok cerita. Maybe kapal terbang ke terengganu takde screen. 


Demi memujuk hati yang berduka cik firus pun menikmati permandangan yang indah di atas awan sambil berselfie. Padahal diri tu memang suka selfie kat mana2 je boleh selfie. Budak gemok memang dah duduk diam2 kat seat dia sebab dia tak boleh tengok luar selalu sebab gayat katanya. Nasib baik la cik firus ok je. Kejap2 cik firus pusing kanan kejap2 pusing kiri sambil mulut tak berhenti bercakap. Sampaikan budak gemok stress tengok cik firus sebab tak reti duduk diam. Maklum la cik firus ni jakun.


 Sunrise. Subhanallah cantik sangat. Rasanya pestaim tengok detik2 matahari terbit. Kat atas awan pulak tu. I'm so lucky.

 ABC?? Gula kapas??



Akhirnya kitorang selamat sampai di sultan mahmud airport bumi terengganu dengan smooth landing. Good job captain. Perjalanan ambik masa dalam 50 minit je. Tak sempat tido pun kat atas sana. Keluar je dari arrival hall dah nampak angah & budak kecik (my luvly kazen) dah tunggu. Terima kasih Malindo Air merealisasikan impian cik firus.